Pengarah terkenal José Padilha (Narcos, siri Elite Squad, RoboCop) dan penulis skrip prolifik Elena Soárez (Filhos do Carnaval, Quatro por Quatro, Casa de Areia) bergabung tenaga menghasilkan Tembok Emas Hitam, sebuah drama jenayah yang diilhamkan daripada peristiwa sebenar yang berlaku di Brazil dan mencetuskan skandal rasuah terbesar dalam sejarah. Tembok Emas Hitam ialah siri original yang mendebarkan dan berorientasikan watak, mengisahkan sekumpulan kecil penyiasat gigih yang menemui selok-belok operasi sistem rasuah gergasi, serta kesan siasatan mereka terhadap semua orang termasuk diri mereka sendiri. Dalam siri ini, Selton Mello (Ligações Perigosas, Não Sou Eu, O Palhaço) memegang watak Marco Ruffo, bekas timbalan pengarah polis persekutuan yang sudah bersara tetapi terobsesi dengan kes yang sedang diusahakannya; Carolina Abras (Avenida Brasil, Se Nada Mais Der Certo, Perto de Qualquer Lugar) memegang watak Verena Cardoni, anak didik Ruffo; Henrique Diaz (Justiça, Felizes para Sempre?) memegang watak Roberto Ibrahim, penjenayah yang mengganggu fikiran Ruffo. Barisan pelakon siri ini turut menampilkan Lee Taylor (A Pedra do Reino, Velho Chico, Rio Doce), Antonio Saboia (O Lobo atrás da Porta, Fora da Lei), Jonathan Haagensen (Cidade de Deus, Poeta de Samba), Alexandra Colasanti (A verdadeira história da bailarina de vermelho), Leonardo Medeiros (Cabra-cega, Onde Quer Que Você Esteja), Otto Jr. (Malhação, Serra Pelada), Suzana Ribeiro (Estado do Mundo, Meu Bem Querer) dan Osvaldo Mil (A Máquina, Maré Alta). Mengenai Musim 2: Pada tahun 2014, selepas pilihan raya presiden, pasukan petugas khas Verena menangkap 12 daripada 13 kontraktor terkemuka Brazil. Pada musim ini, seorang lagi masih belum ditangkap, dan dialah yang paling berkuasa antara mereka semua: Ricardo Brecht (dilakonkan oleh Emílio Orciollo Netto). Verena (dilakonkan oleh Carolina Abras), Guilherme (dilakonkan oleh Osvaldo Mil) dan Fender (dilakonkan oleh Jonathan Haagensen) serta Ruffo (dilakonkan oleh Selton Mello) masih menjalankan siasatan: timbalan pengarah yang sudah bersara itu masih melakukan tindakan melanggar undang-undang, memburu Ibrahim (dilakonkan oleh Henrique Diaz) tanpa belas kasihan, dan semakin menjauh daripada isterinya Regina (dilakonkan oleh Suzana Ribeiro) serta anak perempuannya Berta (dilakonkan oleh Júlia Svacinna).