Spectrum Originals dan Paramount Network telah mengesahkan barisan pelakon utama untuk siri misteri baharu 10 episod bertajuk Paradise Lost (judul asal Hell's Heaven), iaitu Josh Hartnett, Bridget Regan dan lain-lain. Siri misteri ini dicipta dan ditulis oleh Rodes Fishburne (Blood & Oil), mengisahkan seorang pakar psikiatri (lakonan Regan) dan keluarganya berpindah dari California ke kampung halaman suaminya (lakonan Hartnett) di Mississippi, namun menemui rahsia-rahsia memalukan yang mengubah kehidupan setiap orang secara tidak boleh ditarik balik.