Drama ini mengisahkan kehidupan pekerja asing yang menetap di Taiwan. Seorang lelaki Vietnam bernama Le Van Thanh datang ke Taiwan demi ibu bapa dan isterinya di kampung halaman, lalu menaiki kapal nelayan dan menjadi nelayan Taiwan. Di dalam kabin kapal yang sempit itu turut berhimpit dua lagi nelayan yang juga berasal dari Vietnam, iaitu A Hai dan Xuong Van. Thanh dan A Hai sebati jiwa, menjadi sahabat baik, dan juga dua sahabat senasib yang saling meluahkan kepahitan ketika dipinggirkan dan ditindas.