Drama ini diadaptasi daripada memoir diari Adam Kay yang bertajuk "This Is Going to Hurt: Secret Diaries of a Junior Doctor". Ben Whishaw memegang watak Adam versi fiksyen. Adam ialah seorang doktor di wad obstetrik dan ginekologi yang sukar bergerak dalam hierarki hospital—jawatannya terlalu rendah sehingga terpaksa menanggung waktu kerja yang menyeksakan, tetapi terlalu tinggi sehingga perlu menghadapi tanggungjawab mengerikan yang bertali arus. Adam bekerja 97 jam seminggu, perlu membuat pelbagai keputusan hidup dan mati, dan dia tahu pendapatan meter letak kereta hospital pun lebih tinggi daripada gajinya. Berdepan tekanan kerja yang semakin meningkat, dia bergantung pada kehidupan peribadinya untuk meneruskan semuanya. Kisah ini bermula dari sudut pandangan seorang doktor pelatih, menceritakan kisah sebenar di dalam wad hospital tanpa berselindung, menggambarkan puncak yang mengujakan dan penuh gelak ketawa, serta menunjukkan lembah yang menyakitkan.