Sebuah sekolah yang sepatutnya biasa-biasa sahaja, namun tercetus peristiwa yang mengerikan! Rakan sekelas yang paling rapat, seorang demi seorang bertukar menjadi zombi yang dahagakan darah... Ke manakah kita harus pergi? Mengisahkan pelajar yang terperangkap di sebuah sekolah menengah yang dilanda wabak virus zombi dan mereka yang cuba menyelamatkan mereka. Diadaptasi daripada komik web popular karya Joo Dong-geun, "Extreme Fear".