Mengisahkan pemuda dari pekan kecil yang mencari jati diri dan bertungkus-lumus menyara hidup. Li Dachuan, yang bakal diberhentikan kerja dengan pampasan oleh kilang alat ganti kereta api, ditangkap secara tiba-tiba oleh pengawal kilang kerana disangka pencuri akibat satu kejadian tidak dijangka, menyebabkan dia hilang kelayakan menerima pampasan sebanyak empat puluh ribu yuan. Demi membuktikan dirinya tidak bersalah, Li Dachuan menjalani hari-hari dengan mencari pencuri sebenar sambil terus berjuang untuk menyara hidup.