Saluran Sky telah melancarkan treler pertama untuk siri Gomora musim kelima. Daripada treler itu dapat dilihat kekacauan yang tercetus akibat kekosongan kuasa berikutan kematian don Pietro Savastano. Genny Savastano, Ciro Di Marzio, Malammore, Scianèl serta Patrizia ialah watak-watak utama yang bertarung selepas kejatuhan ketua sindiket dadah itu.