Diadaptasi daripada karya motivasi terlaris dunia, The Secret. Kisah seorang balu, Miranda (lakonan Katie Holmes) yang membesarkan tiga orang anak seorang diri, selepas ribut melanda, mengupah seorang tukang paip, Bray (lakonan Josh Lucas) untuk membaiki rumahnya yang rosak. Pada waktu lapang, Bray berkongsi falsafah hidupnya "Hukum Tarikan" dengan Miranda. Bray percaya bahawa jika kita benar-benar menginginkan sesuatu dari lubuk hati, alam semesta akan memberikan kekuatan untuk menjadikan impian kita menjadi kenyataan...