Drama ini mengisahkan seorang lelaki British yang berada di kawasan pedalaman Red Centre di Australia, dia dikejar oleh sebuah kenderaan besar seperti kereta kebal yang cuba menghalaunya keluar dari jalan raya, dan bermulalah sebuah perlumbaan kejar-mengejar epik seperti kucing dan tikus. Lelaki itu kemudiannya terjaga di hospital, walaupun cedera, namun entah bagaimana masih hidup, tetapi dia tidak tahu siapa dirinya. Diburu oleh musuh lampaunya yang kejam, lelaki itu mencari jawapan di kawasan pedalaman yang luas dan tandus.