Kisah ini berlaku di sebuah hospital di Wilayah Hunan. Ye Zi (lakonan Zhu Dan) ialah seorang doktor obstetrik dan ginekologi yang bekerja di hospital yang sama dengan suaminya, Tao Teng (lakonan Wei Qianxiang). Baru-baru ini tersebar khabar angin bahawa suaminya mempunyai hubungan sulit dengan artis Lin Yifei (lakonan Li Yixiao). Pada masa yang sama, Tao Teng ditahan polis kerana disyaki menerima rasuah, dan Ye Zi yang terlibat sama dipindahkan ke Hospital Renya. Pada ketika itu, Ye Zi mendapati dirinya hamil. Kehadiran Ye Zi menimbulkan kontroversi dalam kalangan orang sekeliling yang menganggap pemindahannya tidak sah. Ketua Jabatan, Yang Junbo (lakonan He Shengming) berselisih faham dengan Ye Zi semasa merawat seorang pesakit obstetrik, namun perdebatan akademik itu akhirnya mencetuskan percikan cinta antara mereka berdua. Selepas menimbang secara menyeluruh, Ye Zi menerima cinta Yang Junbo. Pada saat itu, kes rasuah Tao Teng dibatalkan kerana tiada bukti kukuh dan dia dibebaskan tanpa tuduhan. Ye Zi berhadapan dengan pilihan yang sukar, manakala rakan-rakan sekerja juga hangat memperkatakannya. Menghadapi dilema hidup, Ye Zi memilih untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara......