Drama ini diadaptasi daripada podcast dengan nama yang sama, mengisahkan tentang seorang arkivis bernama Dan Turner (lakonan Mamoudou Athie) yang menerima pekerjaan misteri untuk memulihkan sekumpulan pita video yang rosak dari tahun 1994. Dia mendapati bahawa dia sedang memulihkan karya seorang penerbit dokumentari, Melody Pendras (lakonan Dina Shihabi), yang berkisar tentang penyiasatannya terhadap sebuah kultus berbahaya. Apabila Dan terlibat dalam kisah Melody, dia percaya bahawa dia mampu menyelamatkannya daripada pengakhiran yang mengerikan 25 tahun lalu.