Mengisahkan John Dutton (dilakonkan oleh Kevin Costner), ketua keluarga Dutton yang memiliki ladang ternak terbesar di Amerika. Bersebelahan dengan ladang itu terletaknya Taman Negara Yellowstone, tanah simpanan orang asli Amerika, dan tanah yang dibeli oleh pemaju hartanah. Satu pertikaian berpunca daripada ternakan yang tersesat masuk ke tanah simpanan orang asli mencetuskan kejadian kematian yang tidak dijangka, dan bermulalah konflik melibatkan pelbagai pihak di bumi Montana yang indah ini. Sepanjang siri ini, beliau sentiasa dicabar oleh kuasa-kuasa yang cuba menguasai ladang tersebut.