Drama ini mengisahkan tentang suri rumah tangga, Bai Yingying, yang berasa kecewa dengan kehidupan perkahwinannya selepas mendapati suaminya, Ding Zhiyuan, curang dengan sahabat baiknya sendiri, Gu Feier. Kemudian, dia menemui pelbagai tanda tanya berhubung kematian adiknya, Bai Jingjing, yang membunuh diri enam tahun lalu. Selepas terlepas daripada cubaan membunuhnya oleh Gu Feier, dengan bantuan rakan-rakan seperti Jiang Chuan dan Jin Rui, dia memulakan lembaran baharu dalam kerjayanya.