Di sebuah hospital besar di Hong Kong, Ketua Pakar Bedah Tong Sin (dilakonkan oleh Zhao Wei) baru sahaja menyelesaikan rondaan rutinnya. Pembedahan yang bertali arus membuatkan sarafnya sangat tegang, ditambah pula dengan keadaan sesetengah pesakit selepas pembedahan yang tidak memuaskan, secara tidak langsung memberi tekanan besar kepada jiwanya. Pada saat itu, seorang lelaki yang cedera ditembak dihantar ke hospital dengan tergesa-gesa. Lelaki itu bernama Cheung Lai Shun (dilakonkan oleh Wallace Chung), seorang penjenayah ber-IQ tinggi yang berani dan sangat licik. Walaupun ditembak di kepala, nasib baik ia tidak menyebabkan kecederaan besar kepadanya. Selepas sedar daripada koma, Cheung menolak pembedahan, seolah-olah sedang bersabar menunggu peluang. Pegawai polis Chan Wai Lok (dilakonkan oleh Louis Koo) yang mengawasi dan menembaknya sangat tegang, dia tidak sabar untuk mengetahui keberadaan rakan sekutunya, dan sanggup menggunakan cara haram untuk tujuan itu. Di dalam hospital yang penuh dengan doktor dan pesakit, dalam masa enam jam sahaja, polis, doktor dan penjenayah ganas bertarung sengit dalam tiga penjuru……