Yi-xin (Lien Yu-han), satu-satunya anak perempuan pengeksport teh terbesar Taiwan, bertemu dengan KK (Wen Sheng-hao), seorang tawanan perang yang terumbang-ambing yang kembali ke Taiwan dalam misi bantuan Amerika Syarikat. Dia memutuskan untuk membantah ayahnya Ji-sang (Guo Zi-qian) dan menceburi perniagaan keluarga yang tenggelam dalam hutang. Walaupun status dan misi mereka bagaikan dunia yang berbeza, KK, yang dibebani masa lalu yang menyedihkan, sangat menarik hati Yi-xin. Dikelilingi krisis zaman yang bergelora, bagaimanakah Yi-xin yang muda akan memimpin Syarikat Teh Sunlight yang goyah ke pentas dunia dalam peperangan perdagangan teh yang sengit? Diarahkan oleh pengarah pemenang Anugerah Loceng Emas, Lin Chun-yang, dan diilhamkan daripada kisah benar serta sejarah, siri drama Daun Emas akan menemui penonton pada musim sejuk 2021!