Geralt dari Rivia yakin Yennefer telah terkorban dalam Pertempuran Sodden, lalu membawa Puteri Cirilla ke tempat yang dianggapnya paling selamat, iaitu kampung halaman zaman kanak-kanaknya, Kaer Morhen. Ketika raja-raja, elf, manusia dan syaitan di benua ini berebut kuasa di luar tembok, dia harus melindungi gadis itu daripada ancaman yang lebih berbahaya: kuasa misteri yang tersembunyi dalam dirinya.