Kisah ini mengisahkan kemunculan lubang besar misteri di Los Angeles yang memisahkan sebuah keluarga kepada dua bahagian, memaksa ibu & anak lelaki terpisah daripada bapa & anak perempuan. Apabila sebahagian ahli keluarga mendapati diri mereka berada di dunia purba yang tidak dapat dijelaskan bersama sekumpulan orang asing yang pelbagai, mereka terpaksa berjuang untuk terus hidup dan merungkai misteri tentang di mana mereka berada serta sama ada ada jalan pulang. Gonzalez akan memegang watak seorang juruterbang Tentera Udara yang direkrut untuk mengetuai misi menyelamatkan mereka yang terperangkap dalam lubang besar itu.