Musim baharu ini akan memberi tumpuan kepada serangan antraks di Amerika Syarikat pada tahun 2001, iaitu satu serangan bioterorisme yang berlaku di Amerika Syarikat bermula pada 18 September 2001 dan berlangsung selama beberapa minggu. Bermula 18 September 2001, surat yang mengandungi bakteria antraks dihantar kepada beberapa pejabat media berita serta dua orang senator Demokrat. Peristiwa ini menyebabkan lima orang maut dan 17 orang dijangkiti. Hanya pada tahun 2008 suspek utama didedahkan. Daniel Dae Kim memegang watak seorang ejen FBI yang pakar dalam mikrobiologi, manakala Goldwyn memegang watak seorang ahli biologi tentera darat, yang diadaptasi daripada pengalaman tokoh sebenar Bruce Ivins.