Drama ini diadaptasi daripada buku terlaris dengan judul sama karya Beth Macy. Michael Keaton memegang watak Dr. Samuel Finnix, seorang doktor tradisional yang mengamalkan sikap belas kasihan dan simpati dalam tugasnya, namun mendapati dirinya terperangkap dalam rahsia maut syarikat farmaseutikal besar.