Drama "Obstetrik dan Ginekologi" berlatar belakang jabatan obstetrik dan ginekologi sebuah hospital tempatan. Menerusi kisah doktor, pasangan bakal pengantin dan pelbagai watak lain, drama ini mengisahkan cinta dan perkahwinan dalam masyarakat moden serta pelbagai episod kecil berkaitan kehamilan. Dalam drama ini, Jang Seo-hee memegang watak Dr. Seo Hye-young, seorang doktor obstetrik dan ginekologi yang sangat berbakat. Ketika hampir dinaikkan pangkat sebagai profesor, Seo Hye-young mendapati dirinya hamil secara tidak sengaja dan tenggelam dalam kegelisahan yang mendalam. Seo Hye-young yang bersifat tenang berdepan dengan pelbagai konflik realistik berkaitan kehamilan dan kelahirannya sendiri, termasuk isu pengguguran dan pindaan Akta Kesihatan Ibu dan Anak, dan dia amat menderita kerananya.