Drama ini merupakan persembahan khas sempena ulang tahun ke-100 penubuhan Parti. Pada musim panas dan luruh tahun 1959, kemarau besar melanda Daerah Lin tanpa belas kasihan, menyebabkan kolam, sungai dan empangan kering, tanaman mati secara meluas, serta bekalan air untuk manusia dan ternakan menghadapi kesulitan yang amat teruk. Barisan pimpinan Jawatankuasa Parti Daerah Lin di bawah pimpinan Setiausaha Parti Daerah, Yang Gui, berazam untuk mengubah sepenuhnya keadaan kekurangan air yang dihadapi nenek moyang penduduk Lin. Selepas penyiasatan terperinci di lapangan, Jawatankuasa Parti memutuskan untuk membina projek saliran Zhang ke Lin iaitu Terusan Panji Merah, menyusun semula bentang alam Daerah Lin, dan mengubah sepenuhnya masalah kekurangan air yang dihadapi rakyat Lin sejak zaman-berzaman. Yang Gui dan barisan Jawatankuasa Parti memimpin rakyat Lin untuk mengatasi pelbagai kesulitan akibat bencana alam, menahan cemuhan segelintir pihak, dan dengan semangat beribu-ribu tentera berjuang menentang langit dan bumi, membina "Projek Saliran Zhang ke Lin". Selepas sepuluh tahun, akhirnya terbinanya Terusan Panji Merah, sebatang sungai buatan manusia, di lereng Gunung Taihang.