Drama ini mengisahkan Kerajaan Monte Mor dan Kerajaan Altayna pada Zaman Pertengahan. Selama bertahun-tahun kedua-dua kerajaan hidup aman damai dan mencapai perjanjian bekalan air. Kerajaan Altayna kaya dengan sumber air, manakala Kerajaan Monte Mor kekurangan air. Kerajaan Monte Mor menukar hasil mineral sebagai ganti. Perjanjian ini berakhir apabila Ratu Monte Mor mangkat, dan menggugat keamanan antara kedua-dua negara. Alfonso (Rômulo Estrela) ialah Putera Mahkota Monte Mor yang telah ditabalkan sebagai pewaris takhta sejak kecil, seorang yang berintegriti dan dihormati. Sebaliknya adindanya, Rodolfo (Johnny Massaro), tidak bertanggungjawab dan tidak melakukan apa-apa, gemar bergaul dengan anak-anak gadis bangsawan dari pelbagai negara. Dalam satu usaha mencari sumber air, Alfonso diserang hendap oleh sekumpulan perompak dan cedera parah. Dia diselamatkan oleh seorang gadis rakyat biasa dari Altayna, Amalia (Marina Ruy Barbosa). Alfonso jatuh cinta kepadanya dan melepaskan takhtanya kepada adindanya, menjadikan hubungan antara kedua-dua negara semakin genting. Puteri Altayna, Catarina (Bruna Marquezine), yang bersifat manja dan penuh cita-cita, melihat peluang keemasan untuk menyerang Monte Mor dan bersekongkol dengan sekutunya merancang pelan perluasan wilayah.