Mengisahkan seorang lelaki berusia 30-an bernama "Yong-sik" (lakonan Yoon Shi-yoon) yang kurang keyakinan diri, bertemu semula dengan cinta pertamanya "Ru-da" (lakonan Ahn Hee-yeon) yang merupakan doktor pakar urologi. Selepas melalui pelbagai liku kehidupan, dia akhirnya menjadi watak utama dalam hidupnya sendiri dalam kisah komedi yang seksi dan rancak ini.