Musim keempat bermula dengan pemenang Anugerah Emmy, UzoAduba memainkan watak utama baharu, pakar terapi Dr. Brooke Taylor. Dia akan berhadapan dengan tiga pesakit yang pelbagai dalam sesi terapi, sambil turut bergelut dengan masalahnya sendiri. Joel Kinnaman akan memainkan watak Adam. Dia ialah teman lelaki Brooke yang berulang-alik, dan kini muncul semula, menjadikan hidup Brooke lebih rumit. Anthony Ramos memainkan watak Eladio, salah seorang pesakit. Dia ialah penjaga rumah tangga kepada anak lelaki dewasa sebuah keluarga kaya. Liza Colón-Zayas memainkan watak Rita. Dia ialah sahabat karib Brooke yang telah lama mengenalinya dan banyak memberikan sokongan kepada Brooke. Namun Rita, selepas mengalami kehilangan yang mengubah hidupnya, juga sedang bergelut dengan syaitan dalam dirinya. John Benjamin Hickey memainkan watak Colin. Dahulunya seorang jutawan yang sangat mempesona, kemudian menjadi penjenayah kolar putih, dan baru sahaja dibebaskan dari penjara, dia perlu menghadapi perubahan dalam setiap aspek kehidupannya. Quintessa Swindell memainkan watak Laila. Salah seorang klien Brooke, seorang remaja yang curiga dan memberontak, yang berusaha keras untuk menemukan identiti dirinya dalam jangkaan keluarga yang mendalam.