Idola YouTube dan selebriti internet Julian Bamm terjaga pada suatu pagi dan mendapati tubuhnya masih seperti biasa... tetapi segalanya berbeza. Bersama rakannya Kim Jun, dia memasuki dunia selari yang penuh rahsia. Untuk kembali ke kehidupan asalnya, dia menyertai pertandingan seni mempertahankan diri campuran, ujian ubat, video rap, permainan peranan secara langsung dan apa sahaja aktiviti yang boleh difikirkan, sehingga akhirnya sebuah menara 5G misteri menarik perhatiannya.