Siri mini ini diilhamkan daripada peristiwa sebenar, mengisahkan dua perintis komputer Jerman yang luar biasa. Sebagai pencipta algoritma Google Earth, mereka berjuang di mahkamah untuk menuntut hak mereka, berhadapan dengan lawan yang kelihatan tidak terkalahkan. Daripada suasana penggodam di Berlin selepas penyatuan semula pada era 1990-an, kepada dunia idealisme Silicon Valley awal, sehingga realiti kejam tuntutan mahkamah berjuta-juta dolar, Rancangan Berbilion Dolar menyelami persoalan persahabatan agung, kesetiaan dan keadilan dalam era digital.