Berdasarkan memoir laris New York Times karya Stephanie Land, Maid: Hard Work, Low Pay, and a Mother's Will to Survive, drama ini mengisahkan Alex, seorang ibu tunggal yang bertungkus-lumus menyara hidup sebagai pembantu rumah sambil berusaha melepaskan diri daripada hubungan yang penuh penderaan dan keadaan hidup tanpa tempat tinggal, demi membina kehidupan yang lebih baik untuk anak perempuannya, Maddy. Menerusi perspektif seorang wanita yang terdesak namun teguh, penuh emosi dan humor, siri ini memaparkan dengan jujur ketabahan seorang ibu.