Semasa zaman pemerintahan Qianlong, Gabenor Dongchang di Wilayah Shandong, Cai Yongchang, didapati memiliki sejumlah besar perak hasil rasuah. Namun dalam perjalanan ke ibu kota untuk diadili, dia hilang secara misteri dan sejuta perak rasuah itu juga tidak diketahui hilang ke mana. Mendengar perkara ini, Qianlong murka dan memerintahkan Liu Yong menyelesaikan kes ini atau dia akan dihukum mengikut undang-undang, serta memerintahkan Gabenor Shandong Fu Guotai dan Heshen yang masing-masing menyimpan niat tersendiri untuk bekerjasama menyiasat. Dalam proses menyiasat, Liu Yong menghadapi pelbagai halangan dan kuasa misteri cuba menghalangnya secara rahsia sehingga situasi menjadi amat berbahaya. Liu Yong kemudiannya menerima Qiu Mengnan, seorang pemeriksa mayat wanita yang cantik, Qin Lang seorang pahlawan yang berjiwa kesateria, Xiang Wu dan Ge Chun yang licik dan nakal, serta ramai lagi. Jin Wan'er yang amat merindui suaminya juga bergegas ke Shandong bersama pengawal peribadi bertaraf pertama, He Zifeng, yang ditugaskan melindunginya. Liu Yong menyusun semula strategi, meneliti petunjuk dan menghampiri kebenaran langkah demi langkah. Hubungan antara mereka yang melalui pelbagai liku turut semakin erat, mempersembahkan pelbagai kisah lucu yang menggelikan hati. Akhirnya, dengan kaedah penyiasatan unik dan pemikiran yang teliti, Liu Yong mendedahkan sebuah konspirasi besar yang menggemparkan istana dan rakyat...