Selepas menamatkan pengajian dari sekolah perubatan universiti wilayah, Ryuji Amano (dilakonkan oleh Alan Shirahama) datang ke Tokyo untuk memulakan latihan praktikalnya di jabatan pembedahan sebuah hospital besar di bandar itu. Apa yang menantinya ialah keadaan tidak tahu apa-apa dan tidak faham apa-apa, dimarahi setiap hari oleh doktor kanan dan penyelia. Namun pesakit terus berpusu-pusu datang, tidak mampu menunggu. Walaupun dia seorang doktor, sebagai pelatih dia masih tiada pengetahuan, tiada pengalaman—dia masih bukan sesiapa. Berhadapan dengan pesakit yang cedera dan kadangkala pesakit yang tidak dapat diselamatkannya, berhadapan dengan realiti yang membuatnya tidak berdaya, dia tergugat, tersentuh, dan menitiskan air mata berulang kali, tetapi dia tidak pernah kehilangan cita-cita dan semangat yang kuat terhadap profesion "doktor". (Diterjemah oleh Zhuzhu Fansub)