Tahun 1966, satu ujian bagi para bidan, tetapi dengan meningkatnya gerakan feminisme, ada juga perkara yang mengujakan. Dengan bantuan Trixie, Sister Julienne berazam untuk memimpin Biara Nonnatus keluar daripada masalah kewangan. Dr Turner mengendalikan satu siri kes rumit, termasuk seorang bekas tentera yang terlibat dalam letupan ujian nuklear. Sementara itu, Sister Monica Joan mengalami krisis kepercayaan, manakala Sister Frances menyedari dia perlu kurang bersifat 'metafizik' kerana untuk benar-benar berhubung dengan wanita tempatan, dia perlu 'membumi'. Pada era ini, cabaran menarik sering datang, dan sambutan besar England memenangi Piala Dunia juga sedang berlaku. Diadaptasi daripada buku laris 'Memoir Jennifer Worth' dan diterbitkan oleh BBC, siri 'Call the Midwife' yang dihasilkan oleh Neal Street Productions mengisahkan kerja, kehidupan dan emosi para bidan di East End London pada tahun 1950-an. Drama bersiri yang menarik lebih 10 juta penonton dan memenangi pelbagai anugerah ini kembali dengan musim ke-10.