Wu Yuxin, seorang pengurus syarikat pengiklanan yang tegas dan cekap, terkenal dengan gaya kerja yang menggerunkan. Namun tiada siapa menyangka di sebalik tabir dia sebenarnya seorang otaku yang sangat meminati budaya anime, satu kontras yang amat ketara. Demi menjaga imej profesionalnya, dia tidak pernah mendedahkan rahsia ini kepada sesiapa. Sehinggalah suatu hari, idola anime kesayangannya merentasi dinding dimensi dan muncul dalam dunianya, tetapi dia juga mempunyai personaliti dua sisi? Mampukah Wu Yuxin menerima sisi tersembunyi idola kesayangannya itu?