Musim baharu ini tertumpu terutamanya kepada jalan cerita penghujung musim lalu apabila para suri rumah bersekongkol menyembunyikan kejadian Carlos tersalah bunuh bapa tiri Gaby. Susan berasa bersalah kerana menyembunyikan kebenaran dan hidup dalam kegelisahan setiap hari; Bree pula terpaksa berhadapan dengan teman lelakinya yang berprofesion detektif; hubungan cinta Lynette dan Tom seolah-olah benar-benar sampai ke penghujungnya; jiran baharu berpindah ke Wisteria Lane, dan Renee mula tertarik kepada jejaka kacak dari Australia itu……