Drama ini terbahagi kepada 6 unit iaitu 《Kau yang Indah》《Terbang Tinggi》《Elit Peletup Bom》《Preskripsi Kebahagiaan》《Kerana Ada Keluarga》《Penyelamatan Kecemasan》, mengisahkan pengorbanan dan dedikasi anggota parti muda dari pelbagai bidang. Daripada sukarelawan komuniti yang menyelesaikan masalah penduduk hingga elit peletup bom yang berdepan bahaya sendirian, daripada hal ehwal komuniti yang penuh dengan kehidupan seharian hingga industri penerbangan yang berkaitan maruah negara, daripada bandar yang meriah hingga desa yang indah, kisah-kisah ini mencerminkan secara menyeluruh wajah agung Sosialisme Berciri Cina Era Baharu serta semangat progresif anggota Parti Komunis China yang sentiasa muda, sekali gus mempersembahkan sebuah "Lagu Belia" yang penuh semangat sempena ulang tahun ke-100 penubuhan parti.