Drama bersiri "Xiang Jingyu" diadaptasi daripada novel biografi dengan judul sama karya Shu Xinyu, diarahkan oleh Liu Yiran yang pernah memenangi Hadiah Utama "Feitian" Televisyen China dan "Anugerah Golden Eagle". Diketahui bahawa drama ini akan menjalani penggambaran di Hunan, Shanghai, Perancis dan lain-lain tempat, dan dijangka disiarkan di Televisyen Pusat China pada separuh pertama tahun 2018. Drama ini akan memaparkan secara benar dan menyeluruh kehidupan legenda dan penuh gemilang Xiang Jingyu (dilakonkan oleh Hu Jing), pengasas wanita tunggal Parti Komunis China, anggota wanita pertama Jawatankuasa Pusat, Menteri Wanita Pusat yang pertama, pemimpin wanita teladan yang cemerlang serta pahlawan wanita.