Drama ini berdasarkan kes-kes sebenar, mengisahkan Timbalan Pengarah Biro Pencegahan Rasuah Cawangan Kedua Pejabat Pendakwa Rakyat Bandar Yanzhou, Fang Daqing, Ketua Jabatan Pendakwaan Awam Xia Jingru dan rakan-rakan mereka yang menghadapi kes-kes rumit dan mencabar. Mereka membuat keputusan dengan tenang, menyiasat secara terperinci dan berhempas-pulas dengan penjenayah. Fang dan Xia mengetuai pendakwa rakyat muda seperti Chen Chen, Yu Yuelong dan Zhou Wenwen yang turut melalui masalah realiti seperti percintaan, pendapatan dan perumahan sepanjang proses menyelesaikan kes, serta ditempa oleh liku-liku kehidupan. Ketika mengendalikan kes pembunuhan Zhou Xiang, Xia Jingru dan Chen Chen menemui banyak keraguan. Akhirnya, pihak pendakwaan membebaskan "pembunuh" Li Hao yang telah menjalani hukuman selama 17 tahun, manakala pembunuh sebenar Zhou Xiang dijatuhi hukuman mati pada peringkat pertama. Dalam operasi khas "Memburu Musang 2014", Fang, Xia dan pasukan mereka membentuk pasukan petugas khas dan menemui bukti bahawa Pengerusi Kumpulan Yanzhou, Jin Mingshan terlibat dalam kes jenayah Liu Kaiming, malah Jin Mingshan sentiasa menimbulkan halangan kepada pasukan petugas khas. Apabila mengetahui bahawa bapa saudaranya Jin Mingshan, yang menganggapnya seperti anak kandung sendiri, merupakan ketua dalang kes ini, Xia Jingru dengan tegas memilih untuk membawanya ke muka pengadilan.