Drama televisyen "Pisau Tajam Terjun Udara" menampilkan wira-wira pasukan khas terjun udara seperti Zhang Qi, Pan Ye dan Qi Xiaotian sebagai wakil. Ia mengisahkan tentang pembentukan pasukan khas "Potongan Rambut" Biru yang istimewa oleh sebuah briged operasi khas pasukan terjun udara dalam konteks pembaharuan dan pengukuhan tentera. Berpaksikan operasi sebenar, mereka giat mengkaji musuh yang kuat, mengasah pisau tajam operasi khas, dan akhirnya mencapai lonjakan kuasa tempur serta cemerlang menyempurnakan pelbagai misi. Menerusi rakaman dan paparan amalan agung pembaharuan dan pengukuhan tentera udara era baharu, drama ini memantulkan impian pengukuhan tentera China, manakala perjalanan pertumbuhan "Potongan Rambut" mencerminkan semangat tentera kontemporari serta menyampaikan rasa cinta akan tanah air.