Drama Perancis Versailles, yang akan ditayangkan di saluran Canal+ Perancis pada November, ialah sebuah siri televisyen yang berlatar belakangkan zaman Louis XIV dari Perancis. Ia menggambarkan bagaimana watak utama Louis XIV pada tahun 1667, iaitu ketika beliau berusia 28 tahun, dalam situasi genting sebagai raja mutlak Dinasti Bourbon Perancis, menyelesaikan pelbagai masalah dan membina Istana Versailles yang paling mewah di Eropah. Yang menarik perhatian, drama ini mempunyai bajet pembikinan yang sangat tinggi dan pasukan kerja yang hebat, bertujuan untuk bersaing dengan drama British Downton Abbey dan drama Amerika Game of Thrones.