YouTube menghasilkan siri komedi aksi 'Wayne' (Wayne, tiada kaitan dengan Bruce Wayne) yang kini disahkan menjadi siri penuh, selepas episod perintisnya dipesan pada Disember lalu. Dibintangi oleh Mark McKenna ('Sing Street') dan Ciara Bravo ('NCIS', 'Skinny'), dicipta oleh Shawn Simmons ('Mr. Pickles', 'School of Rock'), dengan penulis 'Deadpool' Rhett Reese & Paul Wernick sebagai penerbit eksekutif. Musim pertama ini mengandungi 10 episod dan akan ditayangkan di YouTube Red tahun ini. Ia mengisahkan cerita yang berani dan kadangkala agak berdarah: Wayne, seorang remaja berusia 15 tahun, menunggang motosikal usang bersama teman barunya, Del, dalam perjalanan untuk mendapatkan semula kereta Pontiac Firebird 1978 milik arwah bapanya yang telah dicuri, sambil mereka berdua berhadapan dengan dunia. Joshua J. Williams ('Mudbound') memegang watak berulang sebagai Orlando.