Kisah ini mengikuti seorang wanita karier yang tiba-tiba kehilangan pekerjaan dan hamil, lalu dalam sekelip mata menjadi ibu muflis, serta pelbagai cabaran yang dihadapinya. Ia mengupas hubungan antara wang dengan penjagaan anak dan antara wang dengan perkahwinan. Menerusi transformasi hidup watak utama Liu Ai daripada seorang wanita boros kepada seorang ibu yang berjimat cermat, drama ini menyampaikan kisah bahawa kasih sayang keluarga dan cinta sejati ialah kemewahan terbesar dalam hidup.