Ini kisah semangat seorang remaja dan rakan-rakannya yang menentang takdir untuk mencipta era baharu. Chen Changsheng, yang asal usulnya penuh misteri, diselamatkan daripada mulut naga gergasi emas oleh gurunya, Pendeta Ji, ketika masih bayi dan dijadikan murid terakhirnya, diajar tiga ribu jilid kitab Dao. Sembilan belas tahun kemudian, Chen Changsheng mengetahui bahawa enam meridiannya tersumbat dan usianya tidak akan melebihi dua puluh tahun. Pendeta Ji memberitahu bahawa di Pavilion Lingyan di ibu kota suci Dinasti Zhou tersimpan batu dewa purba yang mungkin mencatat cara mengubah takdir. Changsheng pun nekad turun gunung untuk mencuba nasib. Atas takdir yang tersusun, Chen Changsheng berjaya menangkis tekanan pelbagai puak, melepasi halangan dalam latihan, dan berkenalan dengan sahabat karib seperti genius muda Tang Sanshiliu, puteri kaum iblis Luoluo, dan panglima iblis Xuanyuan Po. Dengan bantuan mereka, Changsheng muncul juara dalam 'Peperiksaan Agung' yang disertai ramai pesaing hebat. Selepas memasuki Makam Batu Dewa, dia membaca semua prasasti di hadapan makam dalam satu malam dan mencetuskan gegaran fenomena cakerawala. Siapa sangka, semua ini hanyalah permulaan. Apabila corak dunia berubah, Changsheng mendapati dirinya tidak mampu mengelak daripada terheret ke dalam sebuah konspirasi besar……..