Komedi baharu TBS, The Detour, yang dicipta oleh Jason Jones dan Samantha Bee ini diilhamkan daripada pengalaman mereka sendiri bersama keluarga. Ia mengisahkan sepasang ibu bapa yang membawa dua anak mereka menaiki kereta ke Florida. Jason Jones sendiri memegang watak Nate, seorang bapa yang tingkah lakunya sering menyinggung perasaan orang lain, bersama isterinya Robin (dilakonkan oleh Natalie Zea), anak perempuan mereka yang memberontak, Delilah (dilakonkan oleh Ashley Gerasimovich), dan anak lelaki mereka yang agak bodoh, Jared (dilakonkan oleh Liam Carroll). Mereka memulakan perjalanan ke Florida dengan kereta keluarga sambil menyangka ia akan menjadi "pengembaraan hebat" yang tiada tandingan. Namun realitinya, setiap tempat yang mereka lalui menemukan mereka dengan pelbagai bencana.