Selepas 30 tahun meninggalkan kampung halamannya, Doktor Blake (dilakonkan oleh Craig McLachlan) kembali dan mengambil alih klinik arwah bapanya, bersama-sama dengan tanggungjawab bapanya sebagai perunding polis. Pada tahun 1959 selepas zaman demam emas, kekayaan Australia yang melimpah telah hilang, dan di sebalik kemewahan yang masih kelihatan, tersembunyi penipuan dan pembunuhan. Doktor Blake cuba menyesuaikan diri semula dengan kehidupan di kampung halamannya sambil mula membantu polis menyelesaikan kes-kes misteri.