Seorang penasihat mafia Itali kembali ke tanah airnya untuk mencari jongkong emas yang tertanam di bawah sebuah bangunan di Seoul. Semasa menjalankan misinya, dia terheret dalam pertempuran undang-undang menentang sebuah syarikat besar dan dengan berat hati berganding bahu dengan seorang peguam wanita yang dingin dalam perjuangan menegakkan keadilan.