Mengisahkan operasi pengawasan dan siasatan rapi pihak polis di Manchester, dan plotnya akan meneliti sama ada terdapat "objektiviti" yang sebenar serta kesannya apabila memerhati orang lain. Ketua Inspektor Martin King menubuhkan pusat pengawasan di rumah seorang ibu tunggal kerana dari situ Westbury Square dan rumah guru sekolah rendah yang hilang dapat diperhatikan dengan jelas. Sebelum hilang, guru itu tinggal bersama teman lelakinya, dan dia juga merupakan suspek utama.