Diilhamkan daripada peristiwa sebenar, filem ini mengisahkan permainan kucing dan tikus antara detektif Scotland, William Muncie, dan pembunuh bersiri, Peter Manuel pada era 1940-an dan 1950-an. Peter Manuel pernah dipenjarakan oleh Detektif Muncie kerana pecah rumah dan serangan seksual. Sembilan tahun kemudian, selepas dibebaskan, Manuel kembali melakukan jenayah secara gila-gila, manakala Muncie mula menerima kad tulisan tangan daripadanya. Muncie bersumpah untuk menangkap Manuel.