Chokebordee ialah seorang yang berubah daripada itik buruk rupa yang dibenci menjadi seorang jejaka kacak dan bijak. Luckkana pula seorang gadis kekok yang sentiasa menganggap dirinya gadis malang dan sangat percaya karut tentang ramalan nasib. Dia sanggup ponteng kerja dan meluangkan seluruh masanya untuk berjumpa tukang ramal. Dia ketagih dengan ramalan nasib kerana percaya bahawa dia akan menjadi gadis bertuah dan mendapat kehidupan yang lebih baik melalui ramalan tersebut. Pada suatu hari, seorang tukang ramal memberitahunya bahawa bekas teman lelakinya ialah orang yang akan membawa tuah kepadanya. Bekas teman lelakinya itu ialah Chokebordee, si itik buruk rupa. Apabila dia kini menjadi begitu kacak, Luckkana hampir tidak mengenalinya. Dan kisah cinta mereka di sekolah terus berlanjutan.....Drama Thailand ini disiarkan serentak setiap Isnin dan Selasa di APP Peminat Drama Thailand https://www.taijumi.app