House of Lies ialah sitkom kamera tunggal selama setengah jam, diadaptasi daripada buku terlaris dengan judul yang sama. Siri ini menggunakan pendekatan komedi untuk menggambarkan sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan terbaik serta kisah jurujualnya yang 'benci akan diri sendiri'. Donmeijubar.net Cheadle memainkan watak Marty, seorang perunding perniagaan kanan yang sanggup menggunakan segala cara untuk mencapai matlamatnya dan memuaskan hati pelanggan. Kristen Bell memainkan watak Jeannie Van Der Hooven, rakan sekerja Marty, seorang perunding perniagaan yang berpendidikan Ivy League dan bersikap agresif. Ben Schwartz dan Josh Lawson turut berlakon sebagai kakitangan syarikat itu. Dawn Oliveri memainkan watak bekas isteri Marty yang tajam dan pedas. Pelakon veteran Glynn Turman memainkan watak bapa Marty, seorang pakar psikoanalisis. Donis Leonard Jr. memainkan watak anak lelaki bongsu Marty.