Selepas kematiannya dalam musim keenam Game of Thrones, Jack Gleeson, pelakon yang memegang watak Raja Joffrey, sudah lama tidak berlakon. Kini dia akhirnya memutuskan untuk kembali ke skrin dengan membintangi siri komedi BBC, Out of Her Mind. Siri ini akan mengubah bentuk sitkom tradisional dengan menampilkan watak-watak pelik serta elemen animasi dan sains.