Musim keempat "Mike and Molly" dijadualkan ditayangkan di rangkaian CBS Amerika Syarikat pada 4 November 2013, diterbitkan oleh Chuck Lorre Production dan Warner Bros. Television, dengan Mark Roberts sebagai penerbit. Pada 27 Mac 2013, rangkaian CBS mengumumkan pembaharuan "Mike and Molly" untuk musim keempat dengan 22 episod. Pada 9 Oktober 2013, diumumkan bahawa episod pertama musim keempat akan kembali pada 4 November 2013. Watak utama drama ini ialah Mike Biggs (dilakonkan oleh Billy Gardell) dan Molly Flynn (Melissa McCarthy), sepasang kekasih yang bertemu di satu aktiviti Overeaters Anonymous di Chicago, Illinois. Selepas mesyuarat itu, guru sekolah rendah Molly menjemput anggota polis Mike untuk memberi ceramah di kelasnya, dan selepas ceramah tersebut, mereka mula berdating. Pada penghujung musim kedua, mereka melangkah ke alam perkahwinan. Mike dan Molly tinggal bersama adik Molly, Victoria (dilakonkan oleh Katy Mixon), di ruang bawah tanah rumah ibu Molly, Joyce (dilakonkan oleh Swoosie Kurtz). Joyce menjalinkan hubungan cinta yang terputus-putus dengan duda Vince Moranto (dilakonkan oleh Louis Mustillo), dan Vince sering keluar masuk rumah Joyce. Mike sering bersama kawan baiknya sekali gus rakan kerjanya sebagai polis, Carl McMillan (dilakonkan oleh Reno Wilson). Watak utama lain termasuk nenek Carl, Rosetta (dilakonkan oleh Cleo King), ibu Mike, Peggy (dilakonkan oleh Rondi Reed), pekerja kedai kopi Samuel (dilakonkan oleh Nyambi Nyambi), dan kawan Mike serta Molly di Overeaters Anonymous, Harry (dilakonkan oleh David Anthony Higgins). Dalam treler episod pertama musim keempat, CBS menyebut musim ini sebagai "Mike And Molly Baharu". Walaupun latar cerita pelakon utama kekal pada dasarnya sama, "baharu" itu tercermin kerana musim ini tidak meneruskan latar musim sebelumnya sebaliknya membuka lembaran baharu: Molly tidak lagi runsing tentang kehamilan, dan meletakkan jawatan sebagai guru untuk mengejar kerjaya baharu sebagai penulis. (Diterjemah daripada Wikipedia)