Jill Weber (dilakonkan oleh Jill Karman) ialah seorang warga New York tulen. Dia mempunyai suami yang setia, Andy Weber (Andy Buckley), tiga orang anak, dan seorang kawan baik yang tajam lidah serta berkongsi minat yang sama terhadap donat, Vanessa Wrigley (KK Glick). Kehidupan Jill pelik dan luar biasa, namun dia menikmatinya. Andy berasal dari keluarga bangsawan; keluarganya elegan dan bergaya, serta gemar hidup mewah. Jill cuba dengan berani menolak godaan dan keistimewaan yang tidak mampu ditanggungnya, tetapi gaya hidup kelas atasan keluarganya perlahan-lahan menguasai dirinya. Jill mahu kekal sebagai dirinya sendiri, sambil menimbang manfaat menyertai masyarakat kelas atasan. Kawan-musuh dan ipar-duainya hanya mendesaknya agar menyertai kelas atasan, termasuk Candace (Joanna Cassidy), "penguasa tertinggi" keluarga Weber yang memuja status dan kedudukan, adik iparnya Lex (Sean Kleier) serta isteri Lex, Brooke (Sean Kleier). Brooke "memerintah" sekumpulan ibu-ibu tipikal Upper East Side yang boros dengan hanya menggunakan sekeping kad kredit. @Subtitle Gelombang Elektrik